KERTAS KERJA (PRASARANA DI BANDAR BARU BANGI)

   1.0 PENGENALAN

Penglibatan atlet dalam bidang sukan sering dikaitkan dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan mudah didapati dalam program pembangunan atlet. Dalam program pembangunan atlet, kemudahan prasarana sangatlah penting bagi memastikan prestasi latihan atlet sentiasa pada tahap tinggi. Bagi meningkatkan mutu sukan negara, kemudahan prasarana yang lengkap sangat memainkan peranan penting kepada para atlet terutamanya golongan mahasiswa yang meningkatkan prestasi sukan sendiri. 

Menurut Wilkes, Walker dan Seilder (1996) menjelaskan bahawa kemudahan sukan terdiri daripada bangunan-bangunan atau binaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti tertentu. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, infrastruktur atau prasarana bermaksud kemudahan atau perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, kesihatan, bekalan elektrik dan air untuk membangunkan sesuatu masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud segala jenis aktiviti latihan gerak badan dan permainan seperti bola sepak, gimnastik, berenang dan lain-lain yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan merupakan segala aktiviti yang diinstitusikan secara kompetatif yang melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal yang kompleks, di mana penglibatan seseorang itu didorong oleh gabungan kepuasan dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luar yang diperoleh melalui sukan itu.

Infrastruktur sukan pula bermaksud pembinaan kemudahan sukan seperti stadium, gelanggang futsal dan sebagainya. lebih banyak infrastruktur yang disediakan lebih besar kemungkinan atau harapan untuk menjadikan sesuatu sukan itu berjaya. Kekurangan prasarana dan kemudahan sukan menyukarkan kita untuk membangunkan sukan ke tahap yang lebih tinggi.

Kemudahan prasarana yang bertaraf antarabangsa sangat memberi kesan terhadap para penggunanya. Prasarana atau infrastruktur yang moden dan lengkap seperti stadium bola sepak yang besar, gymnasium serta trek dapat melatih dan membiasakan diri dalam pertandingan pelbagai peringkat. Hal ini sekaligus dapat meningkat kualiti sukan dengan memberi peluang kepada semua tidak kira atlet ataupun bukan untuk melibatkan diri dalam bidang sukan.

Oleh itu, prasarana sukan memainkan peranan yang penting dalam mencapai kecemerlangan dalam arena sukan. Ia bukan sahaja mampu menghasilkan atlet bertaraf antarabangsa, malah menggalakkan masyarakat ataupun golongan belia mengambil bahagian dalam aktiviti sukan. Kemudahan sukan ini bukan sahaja menyediakan tempat untuk berlatih untuk para atlet malah ia dapat menjadi medium atau tempat untuk masyarakat untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan sihat.

2.0 PENYATAAN MASALAH  

Sejak kebelakangan ini, perkembangan industri sukan telah menjadi semakin pesat dan menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan. Namun masih terdapat sedikit kepincangan dalam proses menyediakan dan memajukan prasarana atau kemudahan sukan yang lengkap kepada masyarakat.

Permasalahan yang timbul dalam menyediakan kemudahan prasarana sukan ialah penduduk kurang didedahkan atau masih kurang peka dengan kemudahan sukan di Bandar Baru Bangi. Sesetengah penduduk tidak tahu wujudnya kemudahan-kemudahan sukan sama ada secara percuma atau berbayar. Kekurangan kepelbagaian infrastruktur sukan di Bandar Baru Bangi juga merupakan antara masalah yang wujud. Kekurangan pusat kepelbagaian sukan seperti Sport City di mana pelbagai jenis sukan berpusat di satu tempat yang memudahkan masyarakat untuk berekreasi.

Selain itu, ada sesetengah pengguna yang tidak bertanggungjawab selepas menggunakan kemudahan prasarana sukan yang disediakan. Akibatnya, alatan atau kemudahan tersebut tidak tahan lama dan rosak. Kesedaran tentang menjaga kemudahan-kemudahan sukan ini sangatlah penting supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa panjang dan dapat mengurangkan kos untuk menyelenggara peralatan sukan tersebut.

Tahap kepuasan pengguna juga perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Hal ini demikian kerana tahap kepuasan yang tinggi akan meningkatkan jumlah pelanggan setia untuk kembali semula menggunakan khidmatan yang ditawarkan. Jelaskan disini bahawa, terdapat masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan kemudahan prasarana di Bandar Baru Bangi ini.

Melalui kajian ini, dapat diketengahkan beberapa kepentingan dan kelebihan kajian dalam senario yang dibincangkan. Antaranya, kajian ini dapat merungkaikan mengenai kemudahan-kemudahan prasarana yang terdapat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. Sehubungan itu, hasil kajian ini dapat digunakan sebagai indikator untuk penambahbaikan sistem kemudahan prasarana yang terdapat di sekitar Bandar Baru Bangi agar dapat digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk-penduduk di sana.

Berdasarkan penyataan masalah yang diperoleh dalam kajian ini dapat pengkaji huraikan dimana ia amat penting untuk kegunaan semua pihak terutamanya penduduk-penduduk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi. Hal ini disebabkan oleh, kajian ini merupakan satu-satunya maklumat yang akan mengetengahkan mengenai isu kemudahan prasarana yang telah sedia ada namum pelbagai kekangan terjadi.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penduduk mengetahui tentang kewujudan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi, mengenalpasti sikap pengguna menggunakan kemudahan sukan dan mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi.

Tinjauan kajian ini bertujuan adalah untuk mendapatkan maklum balas dari responden mengenai kemudahan prasarana yang terdapat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan penduduk tentang kewujudan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi dan mengenalpasti sikap pengguna menggunakan kemudahan sukan di Bandar Baru Bangi. Objektif yang terakhir ialah mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi.

Melalui kajian ini, pengkaji ingin mengetahui tentang kewujudan prasarana sukan yang terdapat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. Pelbagai kemudahan prasarana telah disediakan dari pelbagai pihak sama ada dari pihak kerajaan atau pihak swasta. Kemudahan ini seharusnya dapat meringankan beban buat penduduk di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang ingin beriadah mahupun bersukan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kemudahan prasarana di Bandar Baru Bangi. Berikut adalah objektif kajian :

i) Mengkaji pengetahuan penduduk tentang kewujudan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru               Bangi.

ii) Mengenalpasti sikap pengguna menggunakan kemudahan sukan di Bandar Baru Bangi.

iii) Mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru                  Bangi. 

       5.0 PERSOALAN KAJIAN

      Kajian ini dibuat adalah untuk menjawab persoalan berikut :
      
      I. Adakah anda tahu tentang kewujudan prasarana sukan yang lain yang ada disekitar Bandar              Baru Bangi?

     II. Adakah pengguna mempunyai sikap bertanggungjawab menggunakan prasarana sukan di                Bandar Baru Bangi?

     III. Adakah kemudahan prasarana yang disediakan di Bandar Baru Bangi memberi kepuasan                kepada pengguna?

      6.0 METADOLOGI KAJIAN

       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), metodologi membawa maksud sistem yang digunakan merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu seperti rujukan. Aspek-aspek yang diberikan penekanan dalam bahagian kaedah kajian ini oleh pengkaji adalah melalui temubual kajian, pemerhatian dan soal selidik.

Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif ini adalah dijalankan untuk mendapatkan sebarang kefahaman yang mendalam dan terperinci dalam sesuatu perkara yang inigin dikaji. Pada masa yang sama, pengkaji telah menggunakan soal selidik, protokol temu bual dan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data dan maklumat. Penggunaan kaedah soal selidik ini dapat didefinisikan sebagai cara dalam menghasilkan maklumat untuk menghurai, membanding, dan meramal sikap, pendapat nilai dan setiap perilaku dengan berdasarkan apa yang terkandung dalam rekod responden dan kegiatan mereka. Pengkaji telah menggunakan kaedah ini kerana ianya didapati mudah untuk untuk dijalankan jika melibatkan sampel kajian yang besar dan perolehan maklumat-maklumat daripada borang soal selidik kemudiannya dapat digeneralisasikan untuk mewakili satu perkara dalam satu kelompok yang besar.

Selain itu, pengkaji telah menggunakan protokol temu bual bagi pendekatan kualitatif untuk mengumpul data. Ia merupakan salah satu bentuk proses yang aktif dalam melibatkan antara penemu bual dan partisipan. Kaedah temu bual yang dijalankan secara bersemuka yang telah dirangka dan dilaksanakan dengan terancang akan menghasilkan kadar gerak balas yang positif. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam dan jelas daripada responden yang telah menjawab soalan temu bual. Protokol ini lebih bersifat terbuka dan ia memerlukan responden yang meluahkan pandangan dan cadangan secara bebas.

Sehubungan itu, kaedah secara pemerhatian juga turut dijalankan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh dan mendalam. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan bukti kajian secara alternatif yang ada dalam pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Kaedah pemerhatian ini didefinisikan sebagai kaedah untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan yang dijalankan melalui pengamatan sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. 

6.1 INSTRUMEN KAJIAN 

i) Instrumen temubual 

   Secara amnya instrumen temubual mempunyai 3 jenis temubual iaitu, temubual berstruktur, temubual semi-struktur, dan temubual tidak berstruktur. Kaedah temubual bagi kajian ini ialah secara temubual semi-struktur dimana kaedahnya adalah separa struktur dan separa formal. Soalan temubual ini juga diubahsuai berdasarkan pengkaji tersebut dan akan berlaku penambahan soalan sekiranya jawapan yang diberi oleh informan tergantung. Selain itu, teknik pengumpulan data bagi kaedah kualitatif sesuai bagi penyelidikan ini kerana ianya membantu untuk mendapatkan maklumat daripada informen. Teknik ini akan digunakan kepada 2 orang informen yang dapat memberikan pendapat tentang kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi. Teknik pengumpulan data yang dikenalpasti sesuai untuk penyelidikan ini adalah analisi kandungan dan temubual. Melalui kaedah kualitatif analisis kandungan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan prasarana sukan akan diteroka, dikenalpasti dan akan dibincangkan bagi mendapat maklumat yang kukuh. Kaedah kualitatif iaitu temubual akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang berentuk data primer daripada informen. Data yang diperoleh daripada temu bual akan dirakam, dijadikan transkrip verbatim dan dianalisis.

      ii) Instrumen borang soal selidik

       Teknik pengumpulan data bagi kaedah kuantitatif merupakan kaedah tinjauan yang dijalankan melalui borang soal selidik yang akan diedarkan kepada penduduk yang berada di Bandar Baru Bangi tanpa mengira jantina. Pemilihan sampel secara rawak. Kaedah penghantaran borang soal selidik akan diedarkan kepada 46 orang responden. Penyelidik akan mengutip semula data tersebut untuk mengetahui sama ada data tersebut lengkap atau tidak lengkap. Borang soal selidik ini menggunakan skala Likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan yang mengandungi 10 soalan berdasarkan setiap satu objektif kajian.

    6.2 TEKNIK PENGANALISAN DATA

    Kajian ini menggunakan gabungan dua teknik analisi seperti yang telah dinyatakan diatas, iaitu teknik menganalisi data secara kuanlitatif dan secara kuantitatif. Kajian ini juga akan melihat perbandingan antara maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik serta informen.

     i) Teknik analisis secara kualitatif

Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan tentang sesuatu situasi, peristiwa dan pengalaman orang yang menggunakan kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada informen dan kemudiannya akan ditranskripkan.

      ii) Teknik analisis secara kuantitatif

Teknik analisis ini akan dilakukan dengan menggunakan carta pai dan carta bar untuk melihat peratusan responden penduduk yang berada di Bandar Baru Bangi.


7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data yang memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, nilai purata dan taburan kekerapan.

7.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

7.1.1 Jantina


Rajah 1 : Demografi Responden berdasarkan Jantina
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Dapatan kajian menunjukkan seramai 46 orang responden telah menjawab soal selidik ini di mana seramai 25 orang lelaki bersamaan 54.3% manakala perempuan pula seramai 21 orang iaitu bersamaan 45.7%. Kebanyakkan lelaki majoritinya mengambil kesempatan yang diberikan sebaiknya untuk menggunakan segala kemudahan prasarana yang telah disediakan untuk kegunaan terutamanya dalam sukan.


7.1.2 Umur

Rajah 2 : Demografi Responden berdasarkan Umur
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Berdasarkan hasil kajian, daripada 46 orang responden yang disoal selidik, seramai 6 orang (13%) adalah terdiri daripada golongan yang berumur 12 hingga 16 tahun. Manakala responden yang terdiri daripada golongan 17 hingga 21 tahun pula adalah sebanyak 24 orang (52.2%) dan diiukuti pula dengan yang berumur 22 hingga 26 tahun iaitu seramai 13 orang (28.3%). Golongan responden yang berumur 27 hingga 31 pula adalah seramai 3 orang bersamaan dengan 6.5%.



7.1.3 Status Pekerjaan

Rajah 3: Demografi Responden berdasarkan Status Pekerjaan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017
Seramai 32 orang responden terdiri daripada pelajar yang memegang peratusan terbanyak iaitu 70% .Manakala, seramai 14 orang responden iaitu bersamaan 30% adalah terdiri dariada golongan yang bekerja. Tiada responden daripada golongan pesara iaitu 0%.
7.2 OBJEKTIF 1 ( Mengkaji pengetahuan penduduk tentang kewujudan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi )



7.2.1 Saya tahu melalui rakan-rakan


Rajah 4 : Mengetahui melalui rakan-rakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Responden seramai 23 orang (50%) memilih skala 5-Sangat Setuju bahawa mereka mengetahui melalui rakan-rakan manakala seramai 17 orang responden (37%) memilih skala 4-Setuju. Selebihnya responden memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu seramai 6 orang (13%) . Tiada responden yang memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju dan skala 2-Tidak Setuju dengan kenyataan yang diberikan.
7.2.2 Saya tahu melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp.

Rajah 5 : Saya tahu melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan respoden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 17 orang bersamaan 37% dan seramai 14 orang responden (30.4%) memilih skala 4-Setuju bahawa mereka mengetahui maklumat melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp. Manakala, seramai 12 orang (26.1%) pula memilih skala 3-Tidak Pasti dengan kenyataan tersebut dan selebihnya memelih skala 2-Tidak Setuju iaitu sebanyak 2 orang responden (4.3%) dan 1 responden (2.2%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.2.3 Saya tahu melalui tinjauan saya sendiri.

Rajah 6 : Saya tahu melalui tinjauan saya sendiri
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017
Kebanyakkan responden memilih skala 4-Setuju iaitu seramai 17 orang (37%) bahawa mereka mengetahui melalui tinjauan mereka sendiri dan seramai 11 orang (23.9%) memilih skala 5-Sangat Setuju. Manakala, seramai 15 orang (32.6%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan selebihnya memilih skala 2-Tidak Setuju iaitu 3 orang responden bersamaan 6.5%  dengan kenyataan yang diberikan.



7.2.4 Saya tidak terdedah dengan kemudahan-kemudahan sukan yang ada


Rajah 7 : Saya tidak terdedah dengan kemudahan-kemudahan sukan yang ada
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi petikan yang berkaitan dengan saya tidak terdedah dengan kemudahan-kemudahan sukan yang ada, kebanyakkannya responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 15 orang (32.6%) dan seramai 12 orang responden (26.1%) memilih skala 3-Tidak Pasti. Manakala, seramai 8 orang responden (17.4%) memilih skala 4-Setuju dan selebihnya memilih skala 2-Tidak Setuju iaitu seramai 7 orang (15.2%) dan seramai 4 orang responden (8.7%) memilih skala 1- Sangat Tidak Setuju dengan kenyataan yang diberikan.

7.2.5 Saya kurang peka dengan kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan



Rajah 8 : Saya kurang peka dengan kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi petikan saya kurang peka dengan kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan pula, kebanyakkan responden memilih skala 4-Setuju iaitu seramai 13 orang (28.3%) dan seramai 12 orang (26.1%) memilih skala 5-Sangat Setuju. Manakala skala 3-Tidak Pasti dan skala 2-Tidak Setuju memiliki jumlah responden yang sama iaitu seramai 8 orang responden bersamaan dengan 17.4% dan seramai 5 orang responden (10.9%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.2.6 Saya tidak mengambil tahu langsung berkaitan dengan kemudahan sukan.


Rajah 9 : Saya tidak mengambil tahu langsung berkaitan dengan kemudahan sukan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017
Kajian menunjukkan bahawa seramai 13 orang respoden (28.3%) memilih skala 4-Setuju dengan penyataan saya tidak mengambil tahu langsung berkaitan dengan kemudahan sukan. Manakala, seramai 12 orang responden (26.1%) memilih skala 5-Sangat Setuju dan skala 1-Sangat Tidak Setuju bagi kenyataan yang diberikan berbanding dengan seramai 6 orang responden (13%) memilih skala 2-Tidak Setuju dan selebihnya memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu seramai 3 orang responden bersamaan dengan 6.5%.

7.2.7 Saya sering bersukan dan menggunakan kemudahan sukan yang disediakan

Rajah 10 : Saya sering bersukan dan menggunakan kemudahan sukan yang disediakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Melalui kajian yang dilakukan bagi penyataan saya sering bersukan dan menggunakan kemudahan yang disediakan, kebanyakkan responden memilih skala 4-Setuju dan skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 21 orang responden (45.7%). Selebihnya responden memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu seramai 3 orang (6.5%) dan 1 responden (2.2%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju bagi penyataan ini.


7.2.8 Saya mengetahui melalui pertandingan sukan peringkat terbuka


Rajah 11 : Saya mengetahui melalui pertandingan sukan peringkat terbuka
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kebanyakkan responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 19 orang (41.3%) diikuti pula seramai 18 orang responden (39.1%) memilih skala 4-Setuju bagi penyataan saya menegetahui melalui pertandingan sukan peringkat terbuka. Manakala, seramai 7 orang responden (15.2%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan selebihnya memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju iaitu 2 orang (4.3%) dengan penyataan tersebut.

7.2.9 Saya mengetahui banner atau banting dikawasan sekitar

Rajah 12 : Saya mengetahui melalui banner atau banting dikawasan sekitar
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan di atas, seramai 20 orang responden (43.5%) memilih skala 4-Setuju dan seramai 18 orang responden (39.1%) memilih skala 5-Sangat Setuju. Selebihnya, 5 orang responden (10.9%) memilih skala 3 -Tidak Pasti dan sebanyak 2 orang responden (4.3%) memilih skala 2-Tidak Setuju. Manakala, cuma 1 sahaja responden iaitu bersamaan 2.2% memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju bagi penyataan yang diberikan.

7.2.10 Kemahuan saya sendiri yang ingin pergi ke pusat sukan seperti Gymnasium.

Rajah 13 : Kemahuan saya sendiri yang ingin pergi ke pusat sukan seperti Gymnasium
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kebanyakkan responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 20 orang (43.5%) dan 18 orang responden (39.1%) telah memilih skala 4-Setuju bagi penyataan kemahuan saya sendiri yang ingin pergi ke pusat sukan seperti Gymnasium. Manakala selebihnya memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu seramai 6 orang (13%) dan bagi skala 1-Sangat Tidak Setuju dan skala 2-Tidak Setuju hanya 1 sahaja responden bersamaan dengan 2.2%.


7.3 OBJEKTIF 2 ( Mengenalpasti sikap pengguna menggunakan kemudahan sukan di Bandar Baru Bangi )

7.3.1 Saya mengutip semula sampah yang tidak digunakan

Rajah 14 : Saya mengutip semula sampah yang tidak digunakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan saya mengutip semula sampah yang tidak digunakan, kebanyakkan responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 17 orang (37%) dan skala 4-Setuju iaiti seramai 15 orang responden (32.6%). Selebihnyanya, responden memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu sebanyak 12 orang (26.1%) diikuti dengan skala 1-Sangat Tidak Setuju dan skala 2-Tidak Setuju iaitu hanya 1 responden (2.2%).
7.3.2 Saya menggunakan peralatan dengan cermat

Rajah 15 : Saya menggunakan peralatan dengan cermat
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kebanyakkan responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 22 orang responden (47.8%) dan skala 4-Setuju iaiu seramai 16 orang responden (34.8%) bagi penyataan di atas. Seterusnya, responden yang memilih skala 3-Tidak Pasti sebanyak 6 orang (13%) dan selebihnya memilih skala 2-Tidak Setuju iaitu 2 orang responden bersamaan 4.3%.

7.3.3 Saya tidak mengambil atau membawa pulang peralatan di pusat kemudahan sukan

Rajah 16 : Saya tidak mengambil atau membawa pulang peralatan di pusat kemudahan sukan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan saya tidak mengambil atau membawa pulang peralatan di pusat kemudahan sukan, seramai 23 orang responden (50%) memilih skala 5-Sangat Setuju dan seramai 17 orang (37%) memilih skala 4-Setuju. Seterusnya, 3 orang responden (6.5%) telah memilih skala 2-Tidak Setuju .Diikuti pula seramai 2 orang responden (4.3%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan 1 orang  (2.2%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.


7.3.4 Saya bertanggungjawab sekiranya saya merosakkan peralatan yang digunakan

Rajah 17 : Saya bertanggungjawab sekiranya saya merosakkan peralatan yang digunakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi rajah 17, seramai 20 orang (43.5%) responden memilih skala 4-Setuju dan 15 orang (32.6%) memilih skala 5-Sangat Setuju bagi penyataan di atas. Manakala, seramai 9 orang (19.6%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan selebihnya memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju dan skala 2-Tidak Setuju iaitu1 responden (2.2%) bagi kedua-kedua skala.

7.3.5 Saya mengembalikan peralatan ke tempat asal setelah selesai menggunakannya

Rajah 18 : Saya mengembalikan peralatan ke tempat asal setelah selesai menggunakannya
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Majoriti responden memilih skala 4-Setuju iaitu seramai 22 orang (47.8%) dan 18 orang (39.1%) memilih skala 5-Sangat Setuju bagi penyataan di atas. Manakala, hanya 5 orang (10.9%) responden memilih skala 3-Tidak Pasti dan 1 orang (2.2%) memilih skala 2-Tidak Setuju. 

7.3.6 Saya pernah merosakkan peralatan yang disediakan

Rajah 19 : Saya pernah merosakkan peralatan yang disediakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan di atas, terdapat persamaan jumlah pilihan yang telah diberikan di mana pada skala 2-Tidak Setuju, skala 4-Setuju dan skala 5-Sangat Setuju membawa jumlah responden yang sama iaitu seramai 11 orang (23.9%). Jadi selebihnya, seramai 9 orang (19.6%) responden memilih skala 3-Tidak Pasti dan 4 orang (8.7%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.3.7 Saya tidak menyalahgunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan

Rajah 20 : Saya tidak menyalahgunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan
Bagi penyataan saya tidak menyalahgunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan, pilihan skala 4-Setuju telah mencatatkan jumlah teramai iaitu sebanyak 20 orang (43.5%) diikuti pula dengan skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 18 orang responden (39.1%). Bagi pilihan skala 3-Tidak Pasti, seramai 7 orang (15.2%) responden dan 1 orang (2.2%) telah memilih skala 2-Tidak Setuju.

7.3.8 Saya melakukan vandalisme

Rajah 21 : Saya melakukan vandalisme
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kebanyakkan responden majoritinya memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju bagi penyataan saya melakukan vandalisme iaitu seramai 19 orang (41.3%) diikuti dengan responden memilih skala 4-Setuju iaitu seramai 13 orang (28.3%) responden. Seterusnya ialah seramai 7 orang responden (15.2%) memilih skala 5-Sangat Setuju dan selebihnya responden memilih skala 3-Tidak Pasti iaitu seramai 6 orang (13%) dan 1 orang responden (2.2%) telah memilih skala 2-Tidak Setuju.


7.3.9 Saya akan melaporkan kerosakkan peralatan kepada pihak yang bertanggungjawab

Rajah 22 : Saya akan melaporkan kerosakkan peralatan kepada pihak yang bertanggungjawab
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan di atas, majoriti responden memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 20 orang responden (43.5%) dan seramai 18 orang responden (39.1%) telah memilih skala 4-Setuju. Seterusnya, seramai 6 orang respoden (13%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan selebihnya hanya 2 orang responden memilih skala 2-Tidak Setuju bagi penyataan yang diberikan.

7.3.10 Saya seorang bertanggungjawab

Rajah 23 : Saya seorang bertanggungjawab
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Dapatan seterusnya ialah mengenai penyataan saya seorang yang bertanggungjawab. Seramai 23 orang responden (50%) telah memilih skala 5-Sangat Setuju dan seramai 19 orang responden (41.3%) memilih skala 4-Setuju. Manakala, seramai 4 orang responden (8.7%) telah memilih skala 3-Tidak Pasti.

7.4 OBJEKTIF 3 (Mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi)

7.4.1 Saya berasa padang atau gelanggang selamat digunakan

Rajah 24 : Saya berasa padang atau gelanggang selamat digunakan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Kebanyakkan responden telah memilih skala 5-Sangat Setuju iaitu seramai 18 orang (39.1%) bagi penyataan saya berasa padang atau gelanggang selamat digunakan. Diikuti pula dengan skala 4-Setuju iaitu seramai 12 orang (26.1%) dan seramai 11 orang responden (23.9%) telah memilih skala 3-Tidak Pasti. Manakala, 4 orang responden (8.7%) telah memilih skala 2-Tidak Setuju dan 1 orang responden (2.2%) telah memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.4.2 Saya berasa barang atau kemudahan yang diberikan berkualiti

Rajah 25 : Saya berasa barang atau kemudahan yang diberikan berkualiti
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi penyataan saya berasa barang atau kemudahn yang diberikan berkualiti, majoriti responden telah memilih skala 4-Setuju iaitu seramai 19 orang (41.3%) diikuti seramai 12 orang (26.1%) telah memilih skala 5-Sangat Setuju. Manakala, skala 3-Tidak Pasti pula mempunyai 10 orang (21.7%). Selebihnya, responden telah memilih skala 2-Tidak Setuju iaitu 4 orang responden (8.7%) dan 1 orang responden (2.2%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.4.3 Saya berasa barang yang digunakan terjaga

Rajah 26 : Saya berasa barang yang digunakan terjaga
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Dapatan kajian bagi penyatan di atas pula telah membuktikan bahawa seramai 10 orang responden (21.7%) mengundi skala 5-Sangat Setuju manakala majoriti responden memilih skala 4-Setuju iaitu sebanyak 19 orang responden (41.3%). Bagi skala 3-Tidak Pasti, seramai 9 orang responden (19.6%) dan diikuti pula dengan skala 2-Tidak Setuju iaitu seramai 6 orang (13%) dan dua orang responden (4.3%) telah memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.



7.4.4 Saya berasa kedudukan kemudahan sukan yang startegik



Rajah 27 : Saya berasa kedudukan kemudahan sukan yang strategik
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017


Bagi penyataan di atas, seramai 14 orang responden (30.4%) memilih skala 5-sangat setuju manakala seramai 21 orang responden (45.7%) pula memilih skala 4-setuju dan mencatatkan jumlah dan peratusan yang tertinggi. Skala 3-tidak pasti pula mempunyai seramai 9 orang responden (19.6%). Skala2- tidak setuju dan skala 1-sangat tidak setuju pula memegang jumlah undian yang sama iaitu 1 orang dan membawa peratusan sebanyak (2.2%).


7.4.5 Layanan yang baik diberikan daripada pihak pengurusan


Rajah 28 : Layanan yang baik diberikan daripada pihak pengurusan
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Dapatan kajian seterusnya pula ialah berkaitan penyataan layanan yang baik diberikan daripada pihak pengurusan. Seramai 19 orang responden (41.3%) memilih skala 5- Sangat Setuju manakala 16 orang responden (34.8%) pula memilih skala 4-Setuju dengan penyataan di atas. 10 orang responden (21.7%) memilih skala 3-Tidak Pasti dan 1 orang responden (2.2%) memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju.

7.4.6 Alatan yang hendak digunakan mencukupi

Rajah 29 : Alatan yang hendak digunakan tidak mencukupi
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Bagi dapatan kajian penyataan di atas, seramai 17 orang responden (37%) memilih skala 5-Sangat Setuju manakala 16 orang responden (34.8%) memilih skala 4-Setuju dengan penyataan di atas. Skala 3-Tidak Pasti pula mempunyai jumlah responden seramai 7 orang (15.2%) diikuti dengan skala 2-Tidak Setuju mempunyai 4 orang responden (8.7%) dan skala1- Sangat Tidak Setuju mempunyai 2 orang responden (4.3%).

7.4.7 Tempat solat yang disediakan bersih dan selesa

Rajah 30 : Tempat solat disediakan bersih dan selesa
Penyataan di atas mempunyai seramai 22 orang responden memilih skala 5-Sangat Setuju dan membawa peratusan sebanyak (47.8%). 10 orang responden (21.7%) telah memilih skala 4-Setuju dan manakala seramai 7 orang responden (15.2%) memilih skala 3-Tidak Pasti dengan penyataan di atas. 6 orang responden (13%) pula memilih skala 2-Tidak Setuju manakala selebihnya iaitu 1 orang responden (2.2%) telaha memilih skala 1-Sangat Tidak Setuju dengan penyataan di atas.

7.4.8 Infrastruktur sukan perlu dibaiki lagi

Rajah 31 : Infrastruktur sukan perlu dibaiki lagi
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017

Infrastruktur sukan sememangnya penting dan kebanyakkanya perlu dibaiki lagi. Seramai 22 orang responden (47.8%) sangat setuju manakal 13 orang responden (28.3%) setuju berkaitan dengan penyataan di atas. 8 orang responden (17.4%) tidak pasti manakala selebihnya iaitu seramai 3 orang responden (6.5%) tidak bersetuju dengan penyataan di atas.

7.4.9 Kebersihan tandas awam yang disediakan terjaga

Rajah 32 : Kebersihan tandas awam yang disediakan terjaga
Penyataan di atas mempunyai seramai 13 orang responden (28.3%) sangat setuju manakala seramai 11 orang responden (23.9%) setuju. Majoriti responden mengundi skala 3 iaitu tidak pasti dengan jumlah responden seramai 16 orang (34.8%). 4 orang responden (8.7%) pula tidak setuju dan baki seramai 2 orang responden (4.3%) sangat tidak setuju.

7.4.10 Persekitaran kemudahan sukan yang ceria

Rajah 33 : Persekitaran kemudahan sukan yang ceria
Sumber : Kajian Soal Selidik 2017


Bagi penyataan di atas, majoriti responden iaitu seramai 24 orang responden (52.2%) sangat setuju dan mencatatkan jumlah responden teramai dan mempunyai peratusan tertinggi. Seterusnya ialah seramai 15 orang responden (32.6%) setuju manakala 7 orang responden (15.2%) tidak pasti berkenaan dengan penyataan di atas. Skala tidak bersetuju dan sangat tidak setuju masing-masing mempunyai peratusan 0%.


8.0 PERBINCANGAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan kumudahan prasarana di sekitar Bandar Baru Bangi  sangat memberi kesan kepada prestasi sukan seseorang. Kebanyakkan prasarana yang disediakan ada yang berfungi dengan baik ada juga yang mengalami kerosakan. Pelbagai kemudahan prasarana sukan disediakan di sekitar Bandar Baru Bangi dan kebanyakkannya masih lagi berfungsi dengan baik. Pelbagai pandangan diperolehi daripada hasil soal selidik yang dilakukan dan dijawab oleh penduduk di sekitar kawasan kajian iaitu sekitar Bandar Baru Bangi.

Selain itu, daripada analisis kajian yang dilakukan, majoriti responden bersetuju dengan kemudahan prasarana yang telah disediakan lengkap dan boleh diakses oleh semua golongan tidak kira dari usia kanak-kanak , remaja atau golongan dewasa tidak lupa juga buat warga tua. Hal ini sekaligus dapat membentuk golongan yang sihat dan terhindar dari   penyakit-penyakit kesihatan seperti obesiti, darah tinggi dan lain-lain lagi. Kemudahan prasarana sukan yang disediakan dapat digunakan dengan baik tanpa berlakunya gelaja vandalisme.

Kajian ini juga memberikan tumpuan kepada usaha pengkaji untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan prasarana sukan di Bandar Baru Bangi . Persoalan lebih mengfokuskan terhadap prasarana yang telah disediakan serta keselesaan para pengguna sewaktu menggunakan prasarana kemudaha sukan tersebut. Layanan yang diberikan oleh golongan yang mengusahakan prasarana-prasarana sukan juga dititikberatkan dalam soal selidik untuk mengetahui tahap kepuasan para pengguna. Dengan adanya soal selidik, para pengkaji dapat mengetahui segala kelemahan terhadap prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi dan sedikit sebanyak dapat memperbaiki masalah yang dihadapi serta dapat menaikkan lagi mutu prasarana di kawasan tersebut.

Kesimpulannya,  kemudahan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi boleh dikatakan lengkap dan mudah diakses atau digunakan oleh penduduk sekitar. Namun, pelbagai penambahbaikkan perlu dibuat agar dapat menjamin keselesaan para pengguna sewaktu menggunakan kemudahan prasarana tersebut dan boleh mengelakkan dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini. Pemprosesan terhadap kajian ini banyak memberi impak dan kesan yang positif kepada penduduk sekitar agar pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan menyelenggara prasarana-prasarana sukan yang rosak ataupun boleh mendatangkan bahaya kepada para pengguna.


9.0 CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa cadangan kajian yang dapat diusulkan untuk penambahbaikan segala prasarana kemudahan sukan yang telah disediakan di sekitar Bandar Baru Bangi.

Permasalahan yang dihadapi oleh para pengguna untuk menggunakan kemudahan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi perlulah dipandang serious agar dapat meningkatkan lagi mutu sukan di negara ini. Saya bercadang untuk menjalankan kajian tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengkaji bercadang untuk menambahkan lagi kumudahan prasarana sukan di sekitar Bandar Baru Bangi kerana populasi penduduk di kawasan sekitar semakin meningkat dan permintaan untuk kemudahan prasarana yang disediakan meningkat juga. Hal ini sekaligus dapat membolehkan para pengguna sekitar kawasan Bandar Baru Bangi menggunakan kemudahan prasarana sukan yang disediakan tanpa berasa ragu-ragu dan selamat digunakan.

 Akhir sekali, cadangan kajian yang boleh pengkaji ketengahkan adalah mengadakan kempen elakkan gelaja vandalisme terhadap kemudahan prasarana sukan yang telah disediakan agar dapat digunakan oleh semua pihak tanpa menyakitkan mata memandang dengan contengan-contengan yang telah dilakukan. Pihak berkuasa perlukan mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan kemudahan prasrana sukan yang telah disediakan dengan mengenakan tindakan tatatertib.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, usaha menaik taraf kemudahan serta prasarana sukan yang terdapat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi penting bagi menyediakan tempat untuk beriadah atau bersukan terbaik kepada penduduk tempatan pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dari segi menjaga dan menggunakan prasarana-prasarana sukan yang telah disediakan dengan baiknya untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakkan yang tidak diingini.

 Dalam memastikan kemudahan prasarana sukan berada dalam keadaan baik, pihak yang bertanggungjawab seharusnya membuat jadual berkala untuk memastikan kemudahan prasarana sukan tersebut sentiasa diselenggara dari semasa ke semasa. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan  daripada berlakunya kecederaan atau kejadian yang tidak diingini. Pelbagai pihak bertanggungjawab dalam memastikan prasarana kemudahan sukan boleh digunakan seperti sedia kala.


RUJUKAN
Burton, R. (1977). Leisure and the Social Services, in H. M. S. O. Leisure and the Quality of Life: A Report on Four Local Experiments. London
Calder & Ritchie (1955). Science in Our Life. New York : New American Library
Crompton,R & Sanderson, K. (2005). Gendered jobs and social change. London: Unwin Hyman
Daniel A., Bob Day, Tina James, Robert B. Kozma, Jonathan Miller & Tim Unwin (2005). Monitoring and Evaluation of ICT in Education Projects
Kamus Dewan (2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. [22 November 2017]
Kamus Dewan (2015) : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. [22 November 2017]

Kessler, S. (1996). Measuring And Managing Customer Satisfaction. Going For The Gold. Wisconsin: ASQC Quality Press.